Suka sangat tengok cerita tu. Drama tu kalau kita bandingkan dengan cerita-cerita lain, kita nampak la kat situ ada kematangan sikit. lagipun, cerita dia berbeza. Selalunya kalau novel tak lari dari cerita kahwin kontrak, kahwin paksa, pilihan family. Tapi yang ni berbeza. Penceritaan yang simple. dan pelakon dia memang dah saya minat!! Adi Putra dengan Rita Rudaini.. Me loves you guys.
SINOPSIS
Cinta
pandang pertama Kamalia Nalwa dan Zainal Arief memutikkan cinta dan
berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga.
Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti.
Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali
lagi. Selama sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang
sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.
Tanpa diduga, Zainal muncul kembali.
Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini
‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal
tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih
kuat dan mengusik perasaannya.
Benarkah dia membenci lelaki itu? Hipokritkah Zainal ketika mengatakan bahawa hanya Kamilia yang bertakhta di hatinya?
Perwatakan yang matang jelas pada watak Zainal Arief. Seorang yang bertanggungjawab, penyayang dan pemaaf serta setia. Susah nak cari lelaki macam tu. Walauapapun, jodoh tetap rahsia Allah SWT.
Suka sangat tengok cerita ni. Baca novel pun dah terbayang-bayang.
SEDINGIN SALJU
SEHANGAT ASMARA
No comments:
Post a Comment