Welcome To My Blog. Thank you for visit my blog. Anything just leave your comment okay?? Don't forget to follow me. i'll follow you back. Take Care.. byebye..

Thursday, February 28, 2013

Oh My English!

Salam semua. Apa Khabar? Sihat. Di subuh-subuh hari ni, tetiba terfikir pasal ENGLISH!.
OWH NO! My English is so bad. I can undestand it, but i can't speak english too fast like i speak in malay.
I have to improve my english. English is more important than malay nowdays. Simple english i can la. But it is still in broken english. I'm trying my best in english.


Menikahlah Denganku - Dua Mata


Lirik Menikahlah Denganku.

Sekian lama kita bersama
Harungi lautan asmara
Tak pernah henti
untuk selalu mencintai

Berdua kita jalani
Kisah cinta yang penuh cerita
Suka dan duka
telah kita lalui bersama

Aku sayang kamu
Aku cinta kamu
Bersandarlah di pelukku
dan janganlah engkau ragu
ku kan selalu menjagamu
hingga di hujung waktumu sayang

tataplah mataku
dengarkanlah bibirku bicara
terucap satu janji
tuk mengikat kita selamanya

hanya satu pintaku
menikahlah denganku..
wooo...
Aku sayang kamu
Aku cinta kamu
bersandarlah dipelukku 
dan janganlah engkau ragu
ku kan selalu menjagamu
hingga dihujung waktumu sayang..

tataplah mataku
dengarkanlah bibirku bicara
terucap satu janji 
tuk mengikat kita selamanya
hanya satu pintaku
menikahlah denganku..

sayang....

Tuesday, February 26, 2013

Drama 7 Hari Mencintaiku - sinopsis

Novel 7 Hari mencintaiku sangat lah bestnya. Dengan konflik yang macam-macam. memang terasa gila.
Novel ni agak tebal. Novel siti rosmizah yang kedua iaitu Cinta Kau dan Aku dah ditayangkan di TV1. Harap-harap novel 7 Hari Mencintaiku pun diadaptasi ke drama jugak ye. hehehe..

Ermm, korang rasa siapa pelakon yang sesuai untuk watak-watak dalam novel 7 Hari Mencintaiku.
hehehe.. Ni ada sedikit cita-rasa saya. pelakon pilihan hati saya. hahaha.. kalaulah aku ni producer filem. Memang novel ni aku ambik. Okay now, saya berangan jadi pengarah. Inilah antara pelakon-pelakon pilihan saya. Korang punya taste korang pilih sendiri. hahahaha :p















Haa, itulah saje cadangan saya. Seandainya novel ini dijadikan drama, kalau boleh janganlah keluar kat astro. Lagi satu kalau TV3, janganlah pulak time pukul 7-8 tu. Kompem ramai tertinggal. Sedih..

Kepada sesiapa yang tak baca lagi, disini saya selitkan sinopsis novel ini.


"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku
 kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada 
hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak 
langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.


Sekian.

Saturday, February 23, 2013

Ost Cinta Kau dan Aku - Siti Rosmizah

Salam semua. Just a short post bout OST Cinta Kau dan Aku.
The Novelist is Siti Rosmizah. Novel Siti Rosmizah memang semua best-best. Rugi nokk kalau tak beli. Semua novel Siti Rosmizah berjaya buat air mata aku mengalir. Tu baca belum lagi tayangan kat TV. Sekarang ni Novel CINTA KAU DAN AKU tengah ditayangkan di TV.


  • DRAMA CINTA KAU DAN AKU
  • TAYANGAN DI TV1
  • SLOT ARCA
  • PUKUL 10 - 11 MALAM
  • HARI KHAMIS DAN JUMAAT SAHAJA

Jom layan OST Cinta Kau dan Aku ni.


"Hatiku semakin terluka,
 bila setiaku kau permainkan
 mengapa harus sengsara bila cinta dalam genggaman
Cinta kau dan aku
mungkinkah bersatu
KepadaNya ku pohon restu
Tunjukkan jalan yang terang untukku."


Lirik lagu

Bunga - bunga yang bertaburan
alam ibarat meraihkan
luhurnya satu percintaan
bagaikan telah ditakdirkan

Namun cinta kau dan cintaku
Banyak halangan datang bertamu
mampukah ditempuh satu persatu
terdayakah menahan onak beribu

hatiku semakin terluka
bila setiaku kau permainkan
mengapa harus sengsara
bila cinta dalam genggaman

Cinta kau dan aku
mungkinkah bersatu
kepadaNya ku pohon restu
Tunjukkan jalan yang terang
Untukku..

Tiap cinta ada cerita
penuh onak ranjau
yang berliku
ku tabah kuharungi jua
dugaan 
cinta kau dan aku

hatiku semakin terluka
bila setiaku kau permainkan
oohh oohhhh
mengapa harus sengsara
bila cinta dalam genggaman..

Cinta kau dan aku
mungkinkah bersatu
kepadaNya ku pohon restu
kembalikan dia..
padaku...


Friday, February 22, 2013

Politik menjelang hari mengundi

HUh! Seriously saya cukup tak suka dengan politik. Macam-macam karenah. Masing-masing sibuk berebut nak mentadbir negara. Haiiihh tak tahulah. Pas kutuk BN. Kutuk pasal BR1M.  Ajak manusia kearah Islam guna Ilmu bukan duit. kat sini saya ragu-ragu sikit. nak tahu kenapa.
  1. Malaysia kan memang negara Islam, kenapa nak gunakan agama jugak dalam politik?? 
  2. kalau dah kutuk kerajaan bagi BR1M, kenapa ambik jugak??
  3. Lepas tu mulalah mengata barang naik harga, fikirlah sikit. Tu kira dah okay dah tu kerajaan sanggup keluarkan jugak subsidi.
  4. Rakyat Malaysia ni berfikiran lapuk. masih ditakuk lama. Macam mana Malaysia nak maju kalau dah rakyat macam ni??
  5. Korang fikir dengan buat demostrasi BERSIH semua bagai tu bagus lah?? korang semua tu betul la??
Harta benda rosak semua tak fikir? Membazir masa tak fikir? Baik korang semua menelaah ILMU, tak pun pergi surau, masjid dengar tazkirah daripada pergi perhimpunan tu. Apa dapat? Kepuasan? Dapat lepaskan sesak kat dada? Dapat tegakkan keadilan? Bila time bercakap ikut sedap mulut je mengata semua bagai kat fb la, twitter la, blog la. pergi perhimpunan tu boleh, tapi yang hairannya, masjid surau jarang jugak orang pergi. sedangkan kalau pergi surau masjid lagi banyak faedah. dapat jugak pahala. bagi muslims la. lagi mengejutkan hari tu, boleh PAS, Tok Guru yang korang sanjung, puji melambung-lambung. Boleh mendoakan kehancuran parti politik lain.

Jap, nak tanya, Malaysia boleh maju ke kalau PAS mentadbir? Apa jaminan? Allah sendiri suruh kita berusaha untuk berubah. Bukan hanya berdoa je. pasrah je. Usaha dan doa itu penting. lagi satu, selama ni yang mentadbir negara ni bukan orang ISLAM ke? Nak kena ada gelaran Tuan Haji, Tok guru lah baru layak mentadbir negara? BUkan nak cakap apa, cuma terasa sedikit kesal dengan politik negara ni. Kadang-kadang ada jugak terbaca kat fb, sesedap hati mengutuk parti tu parti ni. Derr, kalau tak tahu cerita sebenar jangan dok gedik-gedik nak tabur fitnah, nak kutuk, nak sebar cerita. Fitnah itu lebih teruk dari membunuh. Semua tahu kan??

Okay saya sekarang nak share sikit cerita.
Ni cerita pasal POLIS DITUDUH PEMBUNUH.
Ceritanya macam ni, hari tu saya pergi Kajang, jalan jam. Sebab apa? Sebab rakyat-rakyat jelata tengah mogok kesnya ada seorang orang gila berbangsa India kot mati. Polis dapat aduan ada orang gila mengamuk dengan senjata, polis pergi. pastu terpaksa bergelut sikit nak tahan orang gila tu. Kalau tak NYAWA RAKYAT YANG BAHAYA kan.. Pastu, Polis tu dapat tahan dia, tapi dia tak sedar diri pulak masa ditangkap tu. Bawak pergi hospital, disahkan meninggal. pastu apa lagi, rakyat-rakyat jelata sekalian ni, mulalah ambik kesempatan burukkan polis. Aku sempat baca hari tu banyak jugak banner, kain rentang semua bagai. nak tahu diorang tulis apa??  "POLIS PEMBUNUH" yang ni paling aku ingat. Yang terbaikknya diorang dok berkumpul depan IPD Kajang. Chantekk betul memang jam lah. Dah tu bukan kaum India je, Melayu pun ada sekali. Nak tanya sikit, rumah korang masuk pencuri sape tolong?? POLIS kan?? Ada kes itu ini sape tolong POLIS jugak kan?? Korang tahu tak, polis-polis ni semua dah tak tertanggung nak jaga kebajikan rakyat. Korang ada terfikir tak macam mana diorang bekerja. Setakat tengok GERAK KAHS tu. tu biasa. Bapak aku polis. Aku tengok dia, malam berjaga- pagi tidur. kadang-kadang 24hours tak tidur. meronda. lepas tu kalau ada mayat, polis jugak. Ada kes gadu pun polis jugak. Kenapa nak salahkan polis. Sedangkan  bedah siasat dah dibuat. tak ada kesan pukul atau apaapa. orang gila tu mati sebab dia ada sakit jantung. Doktor sendiri bagi. Aku tahu, rakyat-rakyat yang menentang polis semua mesti fikir, 'mesti polis tu rasuah doktor.' lantak engkorang lah. Benda dah lepas.
LAGIPUN, aku nak cakap kat sini sebenarnya, sikap rakyat Malaysia. Ya, aku pun Malaysia jugak. Tapi tolonglah fikir rasional sikit. Jangan ikut hati. Ikut hati Mati, Ikut rasa Binasa.

 Nasib baik Tun Mahathir bangunkan Putrajaya. Maju jugak negara kita. Datuk Sri Najib, membangun jugak negara, adanya BR1M, adanya 1Malaysia. Konsep 1Malaysia sebenarnya satu idea yang cukup bijak nak menyatukan kaum di Malaysia. Tapi, kita sebagai rakyat kenalah bagi kerjasama. Jayakan 1 Malaysia. Macam aku dan kawan-kawan aku. Aku ada kawan melayu, cina dan india. :)
lagi satu, tak ke korang terfikir, orang kaya maybe tak rasa, tapi bagi yang kurang berkemampuan, dengan adanya bantuan BR1M, dah dapat membantu diorang. Nak harapkan orang kaya hulur duit. alamatnya tunggu ayam jantan bertelur la. Ini tak, dah dapat duit pun still nak mengutuk kerajaan Malaysia. Memang nama pun manusia kan?? Sendiri fikirla.

Impian aku untuk Malaysia :-
Aku nak tengok Malaysia ni jadi antara negara terbersih didunia.
Rakyat yang mengikut undang-undang. macam Singapore.
Malaysia sangat kotor. lalu la tepi jalan tu, boleh nampak plastik sampah berterabur.
Bilalah rakyat Malaysia nak berubah. Tong sampah disediakan, macam takde function je.
Aku rasa kalaulah aku jutawan, aku beli robot pengawal. Siapa buang sampah merata-rata zapp terus ditahan. tapi tu lah, Teknologi kita tak canggih lagi kan.

Apa-apa pun, ni sekadar luahan dari aku- hamba Allah yang kerdil. manusia yang baru menginjakkan kaki ke alam belia. Kalau ada sesiapa terasa, harap maaf. Ini semua memang terlahir dari hati saya. Daripada pemerhatian saya la. lagipun, manusia ni tak sempurna. Sebaik mana pun dia, ada jugak jahat dia. Sejahat mana pun yang kita sangka, ada jugak kebaikan dia. 

Wednesday, February 13, 2013

Eczema ( alahan dan gatal-gatal kulit.)

Eczema. Satu penyakit sangat membebankan pesakitnya.
Salah seorangnya adalah saya sendiri. Ya, saya ada allergic yang sangat teruk.
Sejak kecil saya memang ada resdung, tetapi semenjak berpindah ke Selangor, tahun 2008.
masa tu Form 1. Saya alami masalah gatal-gatal kulit. Puas dah berubat. Pergi klinik, doctor kata allergic. Doctor just bagi ubat sapu. But still tak elok-elok. Then saya balik kampung, sepupu saya ada suggestkan pergi dekat Klinik Doktor Sulaiman. Kampung saya kat Terengganu. Klinik Mohd Sulaiman nama dia. Sejak pergi kat Klinik ni, penyakit kulit saya beransur. tak teruk. Kalau dulu kat lengan saya berterabur ada. Tapi sekarang ada parut je la. But, tadi saya terjumpa ni.

"Mengikut Prof. Thomas A. Luger (Prof. penyakit kulit) dari Universiti 

Westfaelien Wilhelms di Munster, Germany, sebenarnya masalah gatal-gatal

akibat ruam/radang (atopic eczema) kulit ini tidak boleh dihapuskan 

samasekali; ia hanya boleh di redakan sahaja dengan penggunaan krim 

pencegah tertentu dan juga melalui langkah-langkah penjagaan kebersihan 

badan."


Kelu tak terkata, ingatkan ada harapan untuk sembuh. Rupanya.. Dah nasib saya. Terpaksalah hadapi semua ini. Mungkin ini sebahagian dari ujian Allah untuk saya. Saya terima dengan redha. Tetapi, saya paling tak boleh bila mama asyik cakap. " Anak perempuan ma dahla seorang, dahla ada alahan, resdung. Kena pulak penyakit Eczema." 
Ma, its my fate. Kak terima dengan redha. pasrah. Bukan kak nak penyakit ni. 

So, saya harap sesiapa yang menghidapi penyakit ECZEMA, kuatkan semangat anda. Terima dengan seikhlas hati. Insya-Allah, siapa tahu suatu hari, Allah sembuhkan penyakit kita ni. Doakan sama-sama. :')

Nurul Iman - Amar




Nurul Nurul Iman 4X

Rindu kekasih yang syahdu nian
Bertemankan kau di kamar hati
Nurul Iman oh dikau penyeri
kegelapan di kala mencari

Gemersik alunan cinta berputik
Mengharap persimpangan idaman hati
Memenuhi fitrah insan sejati
Keayuan anugerah Ilahi

Nama yang terukir di pohonan suci
Bernaung sebuah keikhlasan
Engkau tersenyum ceria ku keharuan
Dan bersemi cinta selama-lamanya

Dia milik insan yang mendamba kebahagiaan
Sebelum sesudahnya tercapai impian murni
kekasih hati cinta yang diredhai
Ucapkanlah kalimah..
Yang ku rindu..

Nurul Nurul Iman..

Surat Dari Langit Biru - TV3

I love the tittle. So simple but meaningful.
Surat Dari Langit Biru. Drama yang penuh dengan pengajaran.
Drama kekeluargaan. Kisah yang sering berlaku dalam kehidupan. Kisah pengorbanan.
Kisah kasih sayang. Rindu. Rahsia terpendam. Semua ada. KIsah yang memaparkan konflik keluarga dan berkisarkan kemasyarakatan.


Dilakonkan oleh : Johan Asa'ari, Yana Samsudin, Fizo Omar, Iqram Dinzly
Kat mana?? Hanya di TV3.. Slot Samarinda. Jangan lupa tengok. :)

Sinopsis SURAT DARI LANGIT BIRU.
Memaparkan kisah keutuhan kasih dua beradik, Salmi lakonan Yana Samsudin dan Johan As'ari selaku Zarul. Hidup dalam keadaan serba kekurangan, Zarul dan Salmi mengharungi kehidupan mereka bersama ibu tercinta, Mak Munah (Fauziah Nawi) dan juga ayah mereka lakonan Dato' Rahim Razali.

Cinta dan sayang Zarul terhadap Salmi mengatasi kasih terhadap dirinya sendiri. Zarul rela berkorban demi kebahagiaan kakaknya. Heykal (Fizo Omar) yang menaruh perasaan terhadap Salmi sejak di bangku sekolah lagi menyimpan dendam dek cintanya yang tidak terbalas. Kelebihan sebagai anak ketua kampung digunakan sepenuhnya Heykal untuk mendapatkan Salmi.

Salmi yang dipaksa berkahwin bersama Heykal demi melunaskan segala hutang ayahnya pada ayah Heykal berazam mengubah nasib keluarganya. Salmi berjaya menggenggam segulung ijazah dan bergelar seorang doktor. Langit tidak selalunya cerah, Salmi hidup terseksa dalam cengkaman Heykal yang berselindung di sebalik kegiatan haram sebagai sumber pendapatannya.

Bersama adik perempuannya Lisa (Tania Hudson) , Heykal berusaha memutuskan ikatan antara Salmi dan Zarul. Dalam masa yang sama, Zarul menyimpan satu rahsia yang cukup besar dari pengetahuan Salmi. Lisa pula membuat onar dengan tujuan memerangkap Zarul. Berjayakah Heykal melunaskan rancangan kejamnya? Dapatkah Zarul terus mendamba kasih kakaknya dan apakah rahsia yang dipendamnya selama ini?

Drama 15 episod ini bakal menemui penonton bermula 6 Februari, jam 10.00 malam setiap hari Selasa hingga Khamis. 



Tuesday, February 12, 2013

Sejarah silam hidup aku.

Hari ni duduk berdua je dengan ma kat rumah.
Mama tengok album lama. waktu aku dan adik kecik-kecik dulu.
Tiba-tiba mama cakap, masa ni lah sambil tunjuk gambar ni.
Mama cakap, "masa ni lah mama kena ' buat' dengan orang tu." Masa tu aku darjah 3/4 centu. Aku tak berapa faham lagi tentang benda ni semua. Tapi aku sangat tak sangka orang yang buat tu jiran aku. orang yang aku anggap baik. rupanya duri dalam selimut. Kitorang pergi jumpa ustaz, dia kata, orang tu nak buat mak aku sampai jadi gila. Aku tak faham dengan orang sekrang ni. perlu ke main kotor macam tu? perlu ke hah? Apa salah mak aku? Kenapa kau dengki sangat dengan mak aku? Kenapa kolot sangat fikiran kau?

Mama ada cerita lagi, dia kata masa tadika aku dapat cemerlang. Tapi, orang dalam balai tu jugak, ada kata "Syidah dapat cemerlang tu pun sebab aboh dia ade kete je." Macam tu sekali kau kata?? Kau fikir mak aku tak ada hati?? tak ada perasaan?? Mak aku sampai sanggup pergi jumpa cikgu tu tanya. Cikgu tu sendiri cakap aku memang layak. Ya Allah, macam tu sekali bisa mulut kau ya. Masa tu aku kecik. Aku memang tak tahu apa-apa. Tapi bukan sekarang. Aku dah besar. Aku tahu segala-galanya. Ada jugak manusia macam kau kat dunia ni.

pasal adik aku pulak, mama ada cerita, adik aku terpaksa mama hantar kat tadik. Masa tu umur dia baru 3 Tahun. 3 Tahun derr. Nasib baik tadika tu sanggup terima. Sebab apa adik aku dihantar ke tadika, sebab perempuan yang belajar tinggi-tinggi tapi otak letak dekat kepala LUTUT! Ye lah, mak aku mana ada kuasa kat situ. kau pandang orang yang kaya je, yang ada kuasa. Maklumlah, dia kan bini OCS. Adik aku kau dah taknak jaga dengan alasan adik aku nakal. FINE! Tak sangka macam tu sekali perangai kau. Adik aku tu tak tahu apa-apa lagi. Hanya Cik Ti dengan Cik La je yang ikhlas jaga adik aku lagi 2 orang tu. Sampai sekarang. Sampai adik aku dah besar ni, bila jumpa, masih lagi bahasakan diri Umi dengan Abah. Terima kasih. Hanya Allah je yang mampu balas kasih sayang yang Cik Ti dengan Cik La sekeluarga limpah kat adik-adik syidah.

Masa duduk kat berek polis kat Chabang Empat. Satu tempat yang cukup pahit bagi aku. Aku tak tahulah kenapa manusia masih lagi berperangai macam setan. kau dah takde Tuhan ke?? Kenapa dengki sangat kat family aku?? Sampai kau sanggup bomohkan mama dengan abah aku?? Kau nak suruh parents aku jadi gila?? berpecah belah?? Tapi Allah itu Maha Melihat. Maha penyayang. Kami adik-beradik masih kecil. Aku anak sulung masa tu baru darjah 3/4 je. Kau tahu apa?? Aku masih ingat lagi, mak aku sampai dia tolak adik aku. Dia tak sedar waktu tu. Adik aku kecik lagi. baru setahun dua. Sampai hati.. Sanggup kau guna bomoh, percaya pada hantu setan semua tu semata-mata nak porak perandakan hidup kami sekeluaga??  Tentu kau seronok tengok kami macam tu. Itu yang jadi kat adik aku. Yang jadi kat aku?? Sampai sekarang aku tak pernah lupa. Aku tak salahkan mak aku sebab waktu tu dia tak sedar. Dia hampir nak bunuh aku. BUNUH AKU faham tak?? masa tu abah pergi kerja, aku duduk kat rumah dengan adik-adik. Kitorang main dalam bilik. Pastu aku pergi dapur kat mak aku. Dia tengah pegang pisau. tiba-tiba dia meracau. Dia hulur pisau kat aku. Aku lari terus keluar dari rumah. Aku menangis kat depan rumah. Aku takut waktu tu, sangat takut. Aku baru darjah 4 waktu tu. Aku pergi kat abah. nasib baik mama tak apa-apakan adik-adik.
pernah satu hari tu, rasanya masa ni aku darjah 5 kot. Mama menangis, dia cakap dia tak tahan. Dia menangis nak pindah dari rumah. Alhamdulillah, kitorang pindah, hidup lebih bahagia sikit. Dapat jiran yang baik baik. Janji mama happy. Tapi, aku ingat masa tu, hari suka kat sekolah. Aku akan tetap ingat sampai jasa aku hancur dimamah bumi. Aina Nadia. Muka kau aku tak pernah lupa. Bukan aku berdendam. Tapi aku akan ingat sebab kau orang pertama yang cakap mak aku gila. KAU MASA TU DARJAH 6 MULUT DAH MACAM LONGKANG. kau sepak aku. KAU BOLEH SEBUT NAMA MAK AKU. memang aku takkan maafkan kau sampai bila-bila. Aku berdoa semoga aku takkan pernah terserempak dengan korang semua yang munafik ni. Tapi kita hanya mampu merancang, hari tu, datang pulak anak-anak 'jiran' aku kat rumah ni. Diorang memang tak ebrsalah. Tapi aku tak boleh. Aku terpaksa layan diorang. Aku tak boleh. Aku akan ingat setiap apa yang berlaku kat family aku dulu. Aku akan tetap ingat nama panggilan dia dan rupa dia. Insya-Allah selagi Allah tak menghilangkan ingatan aku, aku akan tetap ingat nama-nama ni, Cik Zon, Cik Ani, Mamat Cino, Cik Zai, Cik Joh, dengan bini cik fudzai. Macam tu sekali korang buat. Terima kasih terutama sekali pada cik Zon. Sebab kau dengan laki kau. Aku dengan adik-adik hidup dengan ketakutan. Hidup tak tenang. hidup berjaga-jaga. Hidup kurang kasih sayang. lagi-lagi adik-adik aku. Aku ingat sampai bila-bila. Sebab kau manusia paling durjana dalam hidup aku yang sanggup pergi bomohkan ma dengan aboh aku. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK. SEMOGA KAU SEMPAT BERTAUBAT DENGAN ALLAH SWT. SEMOGA KAU DIBERI HIDAYAH. SEMOGA KAU BAHAGIA DENGAN HIDUP KAU. TERIMA KASIH KERANA TELAH MENGHURU-HARAKAN KELUARGA AKU SATU KETIKA DAHULU. ITULAH MANUSIA, KERANA HASAD DENGKI, KAU SANGGUP LAKUKAN APA SAJA. KERANA DENDAM DAN MARAH KAU SANGGUP BUAT APA SAJA. HANYA ALLAH YANG MAMPU BALAS SEMUANYA. KAMI NI HANYA MANUSIA YANG HINA. YANG TIPIS IMANNYA. TAPI KAMI TAK PERNAH LUPA ALLAH MAHA MELIHAT, KAMI TAK PERNAH BOMOHKAN ORANG. ITU SEMUA SYIRIK. SELEMAH-LEMAH IMAN KAMI, KAMI MASIH BERPEGANG TEGUH DENGAN ISLAM. tAPI KAU?? Pergi mengaji, kawan baik kau tu, cikgu fardu ain. TAK SANGKA, MACAM NI ORANG YANG KUAT AGAMA YA. BIJAK SUNGGUH. SEMOGA KAU SEMPAT MINTAK MAAF DENGAN PARENTS AKU. ITUPUN KALAU DIORANG NAK MAAFKAN. KAUORANG SEMUA DAH BUAT TAIK DALAM HIDUP KELUARGA AKU. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK. AKU TAK LAYAK NAK HUKUM KAUORANG, HANYA ALLAH YANG LAYAK. BERTAUBATLAH. SELAGI ADA WAKTU NI. ANDAI KAU YANG AKU MAKSUDKAN TERBACA BLOG AKU NI. AKU HANYA MENYUARAKAN APA YANG MAK AKU PENDAM SELAMA NI. MAK AKU DAH TAK SANGGUP NAK BERJUMPA DENGAN KAUORANG SEMUA. TERLALU TAJAM TERLALU BERBISA APA YANG KAUORANG BUAT KAT MAK AKU SELAMA NI. FIKIR-FIKIRKANLAH, JANGAN LUPA. ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI SEGALA-GALANYA.

Sunday, February 10, 2013

Ikan bakar dan pencicah

Salam semua.. Okay hari ni nak share sikit resepi Ikan bakar dengan pencicah dia. Sebenarnya ni resepi dari mak saya. Resepi dari Terengganu. Resepi untuk orang sakit resdung. Yang ada alahan semua bagai tu lah. Respei ni senang je. 




Bahan-bahan

  • Ikan ( kembung/Cencaru/Sardin/selayang) *tapi best kalau ikan cencaru. Orang Ganu kate ikang kerah ekor. dok gitu?? 

Bahan Pencicah

  • bawang besar 1 ulas. Belah dua *
  • bawang putih 4 ulas*
  • tomato sebiji*
  • cili/lada merah atau hijau
  • limau nipis 5 biji
  • gula dan garam secukup rasa
Cara-caranya

  1. Basuh ikan tu, lepas tu panggang je terus.
  2. Bawang besar dengan bawang putih tu pun panggang skali. macam gambar kat atas tu.
  3. sementara ikan dipanggang, bolehla buat pencicah.
  4. potong tomato* kecik-kecik. potong dadu. lepas tu tumbuk dengan lesung.
  5. dah siap panggang bawang tu, bawang-bawang* tu pun dipotong dadu, lepas tu tumbuk dengan lesung.
  6. potong cili/lada
  7. potong limau nipis tu
  8. masukkan bawang dengan tomato yang dah ditumbuk kedalam mangkuk. masukkan cili dan perahkan limau nipis. lepas tu masukkan gula dan garam secukup rasa.
  9. Dah boleh hidang dah. :)
Yang saya tanda * tu. Sebenarnya, kalau malas nak tumbuk dengan batu lesung, boleh jugak di blend. tapi jangan kasilumat sangat. tak sedap. Kalau ditumbuk lebih sedap. Tapi agak leceh. Saya dah biasa tumbuk. Lebih sedap. hehehe.. 

SELAMAT MENCUBA~



Friday, February 8, 2013

Biodata Hairul Azreen

Hairul Azreen, atau sekarang lebih popular dengan watak KAK BEDAH A.K.A IKRAM, sangat comel masa berlakon dalam Setia Hujung Nyawa. Suka sangat tengok dia berlakon. Kalaulah dapat jumpa dia. hahaha.. Indahnya dunia. Uncle Google sedikit sebanyak tolong saya carikan info pasal dia ni. Jom Baca.



Nama penuh : Hairul Azreen Idris
Tarikh lahir  :  23 April 1988

Berlakon watak Ikram dalam SETIA HUJUG NYAWA.
itu sahaja yang saya tahu. Tapi dia ni, comel. #Omei angat
And satu lagi, tak silap saya, dia bercinta dengan Faralyana. Hmm, nak tahu lebih, tanya dia sendiri.
Den tok tahu. huhuhuhu
So cute la abang hairul ni. Bila dia berlakon tu, kemain feeling dia. huhuhu..
Sedih uh part akhir Setia Hujung Nyawa.

* Abang Rindu gemok #ErsalinaImani




Blogger??

Salam semua :)

Selamat datang ke blog saya. Thanks kerana sudi menjenguk, membaca coretan hati saya.
Blog. Blog ni lah kawan saya. Setia je mendengar luahan dan rintihan serta kegembiraan saya.
Kawan, kawan memang ada, tapi, kita tak boleh nak expect yang kawan kita sentiasa ada untuk kita. Diorang pun ada masalah diorang. Ada masa, diorang dengar jugak masalah kita. tapi kawan bukan untuk sepenuh masa. Ingat tu ya. Kadang-kadang, bila kita susah kita rasa perlukan sangat kawan kan, tapi dia tak tolong kita. jangan la terus sangka yang bukan-bukan. mulalah nak kata, KAWAN MASA SENANG JE, MASA SUSAH HHMMM..  Kita kena fikir jugak kenapa diorang tak tolong, maybe diorang sendiri ada masalah. So, senang cerita, cari kawan yang betul-betul ikhlas berkawan. Kenal dan fahamkan sikap dia. baru betul kawan. kan kan??  That's why lah saya buat blog ni. :) Saya buat blog bukan untuk jadi blogger sangat. tapi saja-saja. Buat peneman. Sesiapa nak baca, bacalah. Ada jugak informasi. tapi jangan marah kalau rasa menyampah sangat dengan blog saya ni. Saya tak reti sangat ber-blogging ni. hehehe.. saje untuk menghibur hati. Peace yooo..

Thursday, February 7, 2013

SETIA HUJUNG NYAWA

SETIA HUJUNG NYAWA
SETIA HUJUNG NYAWA
SETIA HUJUNG NYAWA
SETIA HUJUNG NYAWA
SETIA HUJUNG NYAWA
SETIA HUJUNG NYAWA
SETIA HUJUNG NYAWA
SETIA HUJUNG NYAWA
SETIA HUJUNG NYAWA
SETIA HUJUNG NYAWA

Drama ni memang terkesan gila dalam diri aku. Sangat-sangat meragut hati aku ni.
Aku memang dah jatuh cinta gila kat drama ni. Dengan lagu yang sangat.. memang menusuk kalbu akulah.
jarang sangat ada drama TV buat aku jadi macam ni. Dulu, CINTA ELYSA DENGAN CINTA EMELDA dengan NORA ELENA. Sangat terkesan. Memang aku rasa macam aku tengah baca novel. Bila baca novelkan, kita akan bayangkan kita yang menjadi watak dalam novel tu. macam tu lah aku rasa.
Apa-apa pun, TAHNIAH!! AMAR ASYRAF, NELYDIA SENROSE, HAIRUL AZREEN, CHA CHA MAEMBONG. TAHNIAH. KORANG BERJAYA BAWA WATAK DALAM NOVEL NI DENGAN BAIK! :D

GONNA MIS YOU GUYS~ :')

Drama Novel Cinta kau dan Aku - TV1

Salam Jumaat semua..
Hari ni nak share ssedikit informasi ya.. *tetibe indon*
Okay okay, semalam, saya tengok cerita TRILOGI CINTA 2. Sedihnya cerita tu. banyak betul dugaan.
Seha dengan ego dia, Ji pulak dengan keras kepala macam tu. haiihh.. Tapi tapi, ada satu yang saya perasan kat TV tu. Tv1 la. Dia ada iklankan, 8 Hari Lagi CINTA KAU DAN AKU.
Zaapp, terus terdetik kat otak, mesti novel Siti Rosmizah.
And tadi baru search google. Betul la..




Rasanya waktu yang sama kot macam TRILOGI CINTA 2.
TRILOGI CINTA 2 ada 2 episod je lagi. Hari ni dengan Khamis depan.
Cinta Kau dan Aku pun mungkin hari khamis dan Jumaat, pukul 10-11. Di TV1.
Sekina, tu je. Eh jap, saya nak share sikit sinopsis cerita tu. kot ada yang tak baca lagi.

SINOPSIS

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dad-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver," marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

* nOVEL INI MERUPAKAN NOVEL KEDUA BELIAU SELEPAS NOVEL YANG MENJADI KEGILAAN RAMAI KAKINOVEL ANDAI ITU TAKDIRNYA.

Demam Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum semua..
Malam ni rasa sedih semacam. Ye lah, Setia Hujung Nyawa dah habis. Akhirnya berbahagia jugak diorang. :')
Bila tengok drama tu, rasa macam Cerita tu hidup pulak. macam real punya. Hhm, maybe aku sorang je kot yang rasa macam tu.
Yelah, aku memang penonton setia episod 1 sampai habis. Byebye Zain Hakimi, Byebye Ikram, byebye Ersalina Imani. Miss you guys. :'(
Baca novel best, drama Tv best. tapi realiti??
jawab sendiri.

Banyak lagi sebenarnya dugaan dalam hidup ni. Sejak dah jadi 18 tahun ni, macam-macam rasa aku alami.
Takut nak hadapi dunia luar, takut nak hadapi cabaran, rimas sebab masih lagi dikongkong oleh parents, and yang paling aku takut ialah dugaan bercinta. Oh No!! Aku takut sangat. takut untuk jatuh cinta dan bercinta. Nanti frust. Huisshh. mintak jauh. Dengar cerita dari parents, kawan-kawan. Malas nak fikir pasal cinta. tapi, mendirikan masjid itu sunnah Rasulullah. Senang cerita, dapat restu parents, kahwin. lagi senang, kahwin dengan pilihan mama dengan abah. Insya-Allah bahagia.

Alamak, dah jauh menyimpang pulak. hehehe.. takpe perancangan di masa depan.
Semoga kita semua mendapat jodoh yang baik. Insya-Allah.

Selamat malam semua. =)

Live Chat Setia Hujung Nyawa

Hai Semua..
Sekarang ni, saya tengah Live Chat Setia Hujung Nyawa.
Live Chat Setia Hujung Nyawa
Tapi, terlampau ramai orang. Then saya dah di-restricted.
Tak boleh chat for 10 minutes. haiyoo
Tu lah terlampau banyak soalan, tapi tak di layan. Sedih.
Takpe, faham sebab ramai orang kan, mana sempat diorang nak baca.
Tapi saya sempat snap a few picture. Screen capture je.








Dah Habis dah.. 
Love you both..
Bye bye~

Tuesday, February 5, 2013

Resepi Sup Ayam

Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak share resepi Sup Ayam yang mak saya ajar. :)

Ni lah gambar sup ayam saya. Baru masak pagi tadi. :)
Tanpa berlengah masa lagi, jom saya saya kasi taw cara-cara dan bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • Ayam ( saya prefer bahagia peha, kepak dengan kaki ayam )
  • 3 ulas bawang putih ( MAYANG HALUS )*
  • 1/2 bawang besar ( MAYANG HALUS )*
  • 2 batang kulit kayu manis*
  • 3 bunga cengkih*
  • 3 bunga lawang*
  • 2 buah pelaga*
  • 1 peket sup bunjut ( adabi )
  • 1 batang carrot ( potong kecil )
  • 3 Ubi kentang ( potong kecil-kecil )
  • Minyak masak 
  • Garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya

  1. Masukkan dua sudu minyak masak ke dalam periuk.
  2. Masukkan bahan-bahan yang ditanda *. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam yang telah dibasuh. Basuh ayam dengan tepung gandum supaya hilang bau.
  4. Selepas masukkan ayam tu, gaulkan sekejap.
  5. Lebih kurang 2-3 minit gitu, masukkan air lebih kurang 6 gelas. Air mengikut banyak mana kita nak buat kuah dia tu.
  6. Selepas itu, masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga mendidih.
  7. Kemudian, masukkan ubi kentang bersama carrot tadi. Kacau sampai ubi kentang tu empuk.
  8. Rasa masin, manis ke tawar. Agak-agak dah okay. Boleh dihidangkan. 


Selamat mencuba.
Ikhlas dari saya, 
Nusaibah.


Biodata Amar Asyraf

Oh my.. Handsome guy. Amar asyraf. Melting aku tengok dia dengan gaya Zain Hakimi ni. *melting melting >.<* Kalaulah aku dapat jumpa dia ni, huh, tak terkata aku.  Orang dah famouskan, mestilah jadi kegilaan ramai. Kalau pelakon lelaki, of course la ramai perempuan suka, kalau pelakon perempuan, lelaki la yang suka.  Tapi seriously, aku suka gaya simple dia dalam cerita Setia Hujung Nyawa. T-shirt and kot. Sangatlah handsome awak oii.. hahaha.. Okay enough. Ni just nak share sikit Biodata dia.


Nama penuh : Amar Asyraf Zailuddin
Umur : 26 tahun
Asal : Melaka
Tarikh lahir : 15 November 1986
Pendidikan: Aswara

And, saya dah surf banyak website tentang Amar. Dia dah bertunang. Huhuhu.. Untunglah Tunang dia tu. Tak silap saya nama tunang dia bermula dengan hurhuf A. Bila nak kahwin bang?? hehehe.. Tak sabar nak tengok. Apa-apa pun, Tahniah dengan lakonan yang memang meletop sekarang ni, SETIA HUJUNG NYAWA. Dan, tahniah diatas pertunangan, lambat pulak wishnya. Semoga berbahagia hingga hujung nyawa. :')


Monday, February 4, 2013

Tonton Online Setia Hujung Nyawa

Sedih. itu je yang mampu aku cakap.
Memang menyentuh jiwa betul episod kali ni.
Dengan keadaan zain yang macam tu. Dengan El yang mengandungnya.
Dituduh pulak mengandung anak orang lain.
Berjurai air mata weyh tengok.
Sorry ter-emo. Tapi, aku memang, kalau tengok drama sedih-sedih memang nangis lah.

Korang boleh layan cerita tu kat tonton.com.my. Dari Episod 1 sampai sekarang 25.
Tak pun kat SINI. memang yang ni pun tonton jugak tapi, untuk yang takde ID tonton boleh tengok kat sini tanpa LOGIN.
Takpun lagi satu korang boleh layan kat sini Setia Hujung Nyawa.

Selamat menonton. =)


Sunday, February 3, 2013

Blogku, Novelku, kawan sejatiku.

Assalamualaikum :)

Saja je nak cakap. tengah-tengah boring ni.
Blog ni je lah BESTFRIEND FOREVER AKU. NOVEL LA PENGHIBUR SEJATI AKU.
Nak tahu kenapa??
Setiap kali aku rasa nak luahkan sesuatu, aku tulis kat blog ni. hah, macam yang aku suka Amar tu. kan aku dah tulis. takpe. tak ramai pun yang tahu kewujudan blog ni. So tak ramai yang baca. hehehehe..
Novel pulak, bila aku dah bosan tahap gaban, aku bacalah novel novel tu. tapi setakat ni novel yang best ADAM DAN HAWA, OMBAK RINDU, BICARA HATI, KAU YANG SATU, ANDAI ITU TAKDIRNYA, CINTA KAU DAN AKU, LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU, 7 HARI MENCINTAIKU, TAKDIR ITU MILIK AKU, CINTA 3 SUKU, OH MAMA TIRIKU, TINGGALLAH PUJAAN dan macam-macam lagi. tapi kebanyakkannya dari novelist yang senior lah. hehehehe..
Okay, chawww dulu. =)

Nampak tak perbezaan

Assalamualaikum :)

Heehehehe.. hari ni nak cakap tentang AMAR ASYRAF..
Zyaa, aku memang suka dia. hahahaha.. Kau dah dok diam-diam je dengan GATES kau. hehehe..

Jom, kita tengok gambar Amar dalam watak yang berbeza dan drama yang berbeza.

Ni masa Amar berlakon dalam NILAPURA :)
Nampak tak muka matured je, nampak perkasanya. ahhahaha

Yang ni DALAM HATI ADA TAMAN.
Nampak cute, tak nampak matured. nampak macam childish pun ada. hehehe
COMELLL :)

Yang ni SETIA HUJUNG NYAWA.
Handsome bohhh.. Nampak bergaya gilerr..
Nampak romantik dia, nampak nakal dia.
Aku memang melting dengan watak yang ni. hahaha

Yang ni, tak tahu. cekau je dari pakcik google.
Tapi yang ni nampak matured. Smart dan bergaya.
All the best. =)


#SEMOGABERJAYADALAMKERJAYA

Hehehe.. sesuka hati je nak komen pasal dia ni kan. huhu
tapi, Amar asyraf ni sesuailah dengan gaya rambut macam-macam. 
Dah-dah, tu je. nampak kan perbezaan dia. huhuhu