- Malaysia kan memang negara Islam, kenapa nak gunakan agama jugak dalam politik??
- kalau dah kutuk kerajaan bagi BR1M, kenapa ambik jugak??
- Lepas tu mulalah mengata barang naik harga, fikirlah sikit. Tu kira dah okay dah tu kerajaan sanggup keluarkan jugak subsidi.
- Rakyat Malaysia ni berfikiran lapuk. masih ditakuk lama. Macam mana Malaysia nak maju kalau dah rakyat macam ni??
- Korang fikir dengan buat demostrasi BERSIH semua bagai tu bagus lah?? korang semua tu betul la??
Jap, nak tanya, Malaysia boleh maju ke kalau PAS mentadbir? Apa jaminan? Allah sendiri suruh kita berusaha untuk berubah. Bukan hanya berdoa je. pasrah je. Usaha dan doa itu penting. lagi satu, selama ni yang mentadbir negara ni bukan orang ISLAM ke? Nak kena ada gelaran Tuan Haji, Tok guru lah baru layak mentadbir negara? BUkan nak cakap apa, cuma terasa sedikit kesal dengan politik negara ni. Kadang-kadang ada jugak terbaca kat fb, sesedap hati mengutuk parti tu parti ni. Derr, kalau tak tahu cerita sebenar jangan dok gedik-gedik nak tabur fitnah, nak kutuk, nak sebar cerita. Fitnah itu lebih teruk dari membunuh. Semua tahu kan??
Okay saya sekarang nak share sikit cerita.
Ni cerita pasal POLIS DITUDUH PEMBUNUH.
Ceritanya macam ni, hari tu saya pergi Kajang, jalan jam. Sebab apa? Sebab rakyat-rakyat jelata tengah mogok kesnya ada seorang orang gila berbangsa India kot mati. Polis dapat aduan ada orang gila mengamuk dengan senjata, polis pergi. pastu terpaksa bergelut sikit nak tahan orang gila tu. Kalau tak NYAWA RAKYAT YANG BAHAYA kan.. Pastu, Polis tu dapat tahan dia, tapi dia tak sedar diri pulak masa ditangkap tu. Bawak pergi hospital, disahkan meninggal. pastu apa lagi, rakyat-rakyat jelata sekalian ni, mulalah ambik kesempatan burukkan polis. Aku sempat baca hari tu banyak jugak banner, kain rentang semua bagai. nak tahu diorang tulis apa?? "POLIS PEMBUNUH" yang ni paling aku ingat. Yang terbaikknya diorang dok berkumpul depan IPD Kajang. Chantekk betul memang jam lah. Dah tu bukan kaum India je, Melayu pun ada sekali. Nak tanya sikit, rumah korang masuk pencuri sape tolong?? POLIS kan?? Ada kes itu ini sape tolong POLIS jugak kan?? Korang tahu tak, polis-polis ni semua dah tak tertanggung nak jaga kebajikan rakyat. Korang ada terfikir tak macam mana diorang bekerja. Setakat tengok GERAK KAHS tu. tu biasa. Bapak aku polis. Aku tengok dia, malam berjaga- pagi tidur. kadang-kadang 24hours tak tidur. meronda. lepas tu kalau ada mayat, polis jugak. Ada kes gadu pun polis jugak. Kenapa nak salahkan polis. Sedangkan bedah siasat dah dibuat. tak ada kesan pukul atau apaapa. orang gila tu mati sebab dia ada sakit jantung. Doktor sendiri bagi. Aku tahu, rakyat-rakyat yang menentang polis semua mesti fikir, 'mesti polis tu rasuah doktor.' lantak engkorang lah. Benda dah lepas.
LAGIPUN, aku nak cakap kat sini sebenarnya, sikap rakyat Malaysia. Ya, aku pun Malaysia jugak. Tapi tolonglah fikir rasional sikit. Jangan ikut hati. Ikut hati Mati, Ikut rasa Binasa.
Nasib baik Tun Mahathir bangunkan Putrajaya. Maju jugak negara kita. Datuk Sri Najib, membangun jugak negara, adanya BR1M, adanya 1Malaysia. Konsep 1Malaysia sebenarnya satu idea yang cukup bijak nak menyatukan kaum di Malaysia. Tapi, kita sebagai rakyat kenalah bagi kerjasama. Jayakan 1 Malaysia. Macam aku dan kawan-kawan aku. Aku ada kawan melayu, cina dan india. :)
lagi satu, tak ke korang terfikir, orang kaya maybe tak rasa, tapi bagi yang kurang berkemampuan, dengan adanya bantuan BR1M, dah dapat membantu diorang. Nak harapkan orang kaya hulur duit. alamatnya tunggu ayam jantan bertelur la. Ini tak, dah dapat duit pun still nak mengutuk kerajaan Malaysia. Memang nama pun manusia kan?? Sendiri fikirla.
Impian aku untuk Malaysia :-
Aku nak tengok Malaysia ni jadi antara negara terbersih didunia.
Rakyat yang mengikut undang-undang. macam Singapore.
Malaysia sangat kotor. lalu la tepi jalan tu, boleh nampak plastik sampah berterabur.
Bilalah rakyat Malaysia nak berubah. Tong sampah disediakan, macam takde function je.
Aku rasa kalaulah aku jutawan, aku beli robot pengawal. Siapa buang sampah merata-rata zapp terus ditahan. tapi tu lah, Teknologi kita tak canggih lagi kan.
Apa-apa pun, ni sekadar luahan dari aku- hamba Allah yang kerdil. manusia yang baru menginjakkan kaki ke alam belia. Kalau ada sesiapa terasa, harap maaf. Ini semua memang terlahir dari hati saya. Daripada pemerhatian saya la. lagipun, manusia ni tak sempurna. Sebaik mana pun dia, ada jugak jahat dia. Sejahat mana pun yang kita sangka, ada jugak kebaikan dia.
No comments:
Post a Comment