Welcome To My Blog. Thank you for visit my blog. Anything just leave your comment okay?? Don't forget to follow me. i'll follow you back. Take Care.. byebye..

Tuesday, February 12, 2013

Sejarah silam hidup aku.

Hari ni duduk berdua je dengan ma kat rumah.
Mama tengok album lama. waktu aku dan adik kecik-kecik dulu.
Tiba-tiba mama cakap, masa ni lah sambil tunjuk gambar ni.
Mama cakap, "masa ni lah mama kena ' buat' dengan orang tu." Masa tu aku darjah 3/4 centu. Aku tak berapa faham lagi tentang benda ni semua. Tapi aku sangat tak sangka orang yang buat tu jiran aku. orang yang aku anggap baik. rupanya duri dalam selimut. Kitorang pergi jumpa ustaz, dia kata, orang tu nak buat mak aku sampai jadi gila. Aku tak faham dengan orang sekrang ni. perlu ke main kotor macam tu? perlu ke hah? Apa salah mak aku? Kenapa kau dengki sangat dengan mak aku? Kenapa kolot sangat fikiran kau?

Mama ada cerita lagi, dia kata masa tadika aku dapat cemerlang. Tapi, orang dalam balai tu jugak, ada kata "Syidah dapat cemerlang tu pun sebab aboh dia ade kete je." Macam tu sekali kau kata?? Kau fikir mak aku tak ada hati?? tak ada perasaan?? Mak aku sampai sanggup pergi jumpa cikgu tu tanya. Cikgu tu sendiri cakap aku memang layak. Ya Allah, macam tu sekali bisa mulut kau ya. Masa tu aku kecik. Aku memang tak tahu apa-apa. Tapi bukan sekarang. Aku dah besar. Aku tahu segala-galanya. Ada jugak manusia macam kau kat dunia ni.

pasal adik aku pulak, mama ada cerita, adik aku terpaksa mama hantar kat tadik. Masa tu umur dia baru 3 Tahun. 3 Tahun derr. Nasib baik tadika tu sanggup terima. Sebab apa adik aku dihantar ke tadika, sebab perempuan yang belajar tinggi-tinggi tapi otak letak dekat kepala LUTUT! Ye lah, mak aku mana ada kuasa kat situ. kau pandang orang yang kaya je, yang ada kuasa. Maklumlah, dia kan bini OCS. Adik aku kau dah taknak jaga dengan alasan adik aku nakal. FINE! Tak sangka macam tu sekali perangai kau. Adik aku tu tak tahu apa-apa lagi. Hanya Cik Ti dengan Cik La je yang ikhlas jaga adik aku lagi 2 orang tu. Sampai sekarang. Sampai adik aku dah besar ni, bila jumpa, masih lagi bahasakan diri Umi dengan Abah. Terima kasih. Hanya Allah je yang mampu balas kasih sayang yang Cik Ti dengan Cik La sekeluarga limpah kat adik-adik syidah.

Masa duduk kat berek polis kat Chabang Empat. Satu tempat yang cukup pahit bagi aku. Aku tak tahulah kenapa manusia masih lagi berperangai macam setan. kau dah takde Tuhan ke?? Kenapa dengki sangat kat family aku?? Sampai kau sanggup bomohkan mama dengan abah aku?? Kau nak suruh parents aku jadi gila?? berpecah belah?? Tapi Allah itu Maha Melihat. Maha penyayang. Kami adik-beradik masih kecil. Aku anak sulung masa tu baru darjah 3/4 je. Kau tahu apa?? Aku masih ingat lagi, mak aku sampai dia tolak adik aku. Dia tak sedar waktu tu. Adik aku kecik lagi. baru setahun dua. Sampai hati.. Sanggup kau guna bomoh, percaya pada hantu setan semua tu semata-mata nak porak perandakan hidup kami sekeluaga??  Tentu kau seronok tengok kami macam tu. Itu yang jadi kat adik aku. Yang jadi kat aku?? Sampai sekarang aku tak pernah lupa. Aku tak salahkan mak aku sebab waktu tu dia tak sedar. Dia hampir nak bunuh aku. BUNUH AKU faham tak?? masa tu abah pergi kerja, aku duduk kat rumah dengan adik-adik. Kitorang main dalam bilik. Pastu aku pergi dapur kat mak aku. Dia tengah pegang pisau. tiba-tiba dia meracau. Dia hulur pisau kat aku. Aku lari terus keluar dari rumah. Aku menangis kat depan rumah. Aku takut waktu tu, sangat takut. Aku baru darjah 4 waktu tu. Aku pergi kat abah. nasib baik mama tak apa-apakan adik-adik.
pernah satu hari tu, rasanya masa ni aku darjah 5 kot. Mama menangis, dia cakap dia tak tahan. Dia menangis nak pindah dari rumah. Alhamdulillah, kitorang pindah, hidup lebih bahagia sikit. Dapat jiran yang baik baik. Janji mama happy. Tapi, aku ingat masa tu, hari suka kat sekolah. Aku akan tetap ingat sampai jasa aku hancur dimamah bumi. Aina Nadia. Muka kau aku tak pernah lupa. Bukan aku berdendam. Tapi aku akan ingat sebab kau orang pertama yang cakap mak aku gila. KAU MASA TU DARJAH 6 MULUT DAH MACAM LONGKANG. kau sepak aku. KAU BOLEH SEBUT NAMA MAK AKU. memang aku takkan maafkan kau sampai bila-bila. Aku berdoa semoga aku takkan pernah terserempak dengan korang semua yang munafik ni. Tapi kita hanya mampu merancang, hari tu, datang pulak anak-anak 'jiran' aku kat rumah ni. Diorang memang tak ebrsalah. Tapi aku tak boleh. Aku terpaksa layan diorang. Aku tak boleh. Aku akan ingat setiap apa yang berlaku kat family aku dulu. Aku akan tetap ingat nama panggilan dia dan rupa dia. Insya-Allah selagi Allah tak menghilangkan ingatan aku, aku akan tetap ingat nama-nama ni, Cik Zon, Cik Ani, Mamat Cino, Cik Zai, Cik Joh, dengan bini cik fudzai. Macam tu sekali korang buat. Terima kasih terutama sekali pada cik Zon. Sebab kau dengan laki kau. Aku dengan adik-adik hidup dengan ketakutan. Hidup tak tenang. hidup berjaga-jaga. Hidup kurang kasih sayang. lagi-lagi adik-adik aku. Aku ingat sampai bila-bila. Sebab kau manusia paling durjana dalam hidup aku yang sanggup pergi bomohkan ma dengan aboh aku. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK. SEMOGA KAU SEMPAT BERTAUBAT DENGAN ALLAH SWT. SEMOGA KAU DIBERI HIDAYAH. SEMOGA KAU BAHAGIA DENGAN HIDUP KAU. TERIMA KASIH KERANA TELAH MENGHURU-HARAKAN KELUARGA AKU SATU KETIKA DAHULU. ITULAH MANUSIA, KERANA HASAD DENGKI, KAU SANGGUP LAKUKAN APA SAJA. KERANA DENDAM DAN MARAH KAU SANGGUP BUAT APA SAJA. HANYA ALLAH YANG MAMPU BALAS SEMUANYA. KAMI NI HANYA MANUSIA YANG HINA. YANG TIPIS IMANNYA. TAPI KAMI TAK PERNAH LUPA ALLAH MAHA MELIHAT, KAMI TAK PERNAH BOMOHKAN ORANG. ITU SEMUA SYIRIK. SELEMAH-LEMAH IMAN KAMI, KAMI MASIH BERPEGANG TEGUH DENGAN ISLAM. tAPI KAU?? Pergi mengaji, kawan baik kau tu, cikgu fardu ain. TAK SANGKA, MACAM NI ORANG YANG KUAT AGAMA YA. BIJAK SUNGGUH. SEMOGA KAU SEMPAT MINTAK MAAF DENGAN PARENTS AKU. ITUPUN KALAU DIORANG NAK MAAFKAN. KAUORANG SEMUA DAH BUAT TAIK DALAM HIDUP KELUARGA AKU. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK. AKU TAK LAYAK NAK HUKUM KAUORANG, HANYA ALLAH YANG LAYAK. BERTAUBATLAH. SELAGI ADA WAKTU NI. ANDAI KAU YANG AKU MAKSUDKAN TERBACA BLOG AKU NI. AKU HANYA MENYUARAKAN APA YANG MAK AKU PENDAM SELAMA NI. MAK AKU DAH TAK SANGGUP NAK BERJUMPA DENGAN KAUORANG SEMUA. TERLALU TAJAM TERLALU BERBISA APA YANG KAUORANG BUAT KAT MAK AKU SELAMA NI. FIKIR-FIKIRKANLAH, JANGAN LUPA. ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI SEGALA-GALANYA.

No comments:

Post a Comment