Welcome To My Blog. Thank you for visit my blog. Anything just leave your comment okay?? Don't forget to follow me. i'll follow you back. Take Care.. byebye..

Wednesday, February 13, 2013

Surat Dari Langit Biru - TV3

I love the tittle. So simple but meaningful.
Surat Dari Langit Biru. Drama yang penuh dengan pengajaran.
Drama kekeluargaan. Kisah yang sering berlaku dalam kehidupan. Kisah pengorbanan.
Kisah kasih sayang. Rindu. Rahsia terpendam. Semua ada. KIsah yang memaparkan konflik keluarga dan berkisarkan kemasyarakatan.


Dilakonkan oleh : Johan Asa'ari, Yana Samsudin, Fizo Omar, Iqram Dinzly
Kat mana?? Hanya di TV3.. Slot Samarinda. Jangan lupa tengok. :)

Sinopsis SURAT DARI LANGIT BIRU.
Memaparkan kisah keutuhan kasih dua beradik, Salmi lakonan Yana Samsudin dan Johan As'ari selaku Zarul. Hidup dalam keadaan serba kekurangan, Zarul dan Salmi mengharungi kehidupan mereka bersama ibu tercinta, Mak Munah (Fauziah Nawi) dan juga ayah mereka lakonan Dato' Rahim Razali.

Cinta dan sayang Zarul terhadap Salmi mengatasi kasih terhadap dirinya sendiri. Zarul rela berkorban demi kebahagiaan kakaknya. Heykal (Fizo Omar) yang menaruh perasaan terhadap Salmi sejak di bangku sekolah lagi menyimpan dendam dek cintanya yang tidak terbalas. Kelebihan sebagai anak ketua kampung digunakan sepenuhnya Heykal untuk mendapatkan Salmi.

Salmi yang dipaksa berkahwin bersama Heykal demi melunaskan segala hutang ayahnya pada ayah Heykal berazam mengubah nasib keluarganya. Salmi berjaya menggenggam segulung ijazah dan bergelar seorang doktor. Langit tidak selalunya cerah, Salmi hidup terseksa dalam cengkaman Heykal yang berselindung di sebalik kegiatan haram sebagai sumber pendapatannya.

Bersama adik perempuannya Lisa (Tania Hudson) , Heykal berusaha memutuskan ikatan antara Salmi dan Zarul. Dalam masa yang sama, Zarul menyimpan satu rahsia yang cukup besar dari pengetahuan Salmi. Lisa pula membuat onar dengan tujuan memerangkap Zarul. Berjayakah Heykal melunaskan rancangan kejamnya? Dapatkah Zarul terus mendamba kasih kakaknya dan apakah rahsia yang dipendamnya selama ini?

Drama 15 episod ini bakal menemui penonton bermula 6 Februari, jam 10.00 malam setiap hari Selasa hingga Khamis. 



No comments:

Post a Comment