Ni lah gambar sup ayam saya. Baru masak pagi tadi. :) |
Bahan-bahan
- Ayam ( saya prefer bahagia peha, kepak dengan kaki ayam )
- 3 ulas bawang putih ( MAYANG HALUS )*
- 1/2 bawang besar ( MAYANG HALUS )*
- 2 batang kulit kayu manis*
- 3 bunga cengkih*
- 3 bunga lawang*
- 2 buah pelaga*
- 1 peket sup bunjut ( adabi )
- 1 batang carrot ( potong kecil )
- 3 Ubi kentang ( potong kecil-kecil )
- Minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
- Masukkan dua sudu minyak masak ke dalam periuk.
- Masukkan bahan-bahan yang ditanda *. Tumis sehingga naik bau.
- Masukkan ayam yang telah dibasuh. Basuh ayam dengan tepung gandum supaya hilang bau.
- Selepas masukkan ayam tu, gaulkan sekejap.
- Lebih kurang 2-3 minit gitu, masukkan air lebih kurang 6 gelas. Air mengikut banyak mana kita nak buat kuah dia tu.
- Selepas itu, masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga mendidih.
- Kemudian, masukkan ubi kentang bersama carrot tadi. Kacau sampai ubi kentang tu empuk.
- Rasa masin, manis ke tawar. Agak-agak dah okay. Boleh dihidangkan.
Ikhlas dari saya,
Nusaibah.
No comments:
Post a Comment