Welcome To My Blog. Thank you for visit my blog. Anything just leave your comment okay?? Don't forget to follow me. i'll follow you back. Take Care.. byebye..

Tuesday, February 26, 2013

Drama 7 Hari Mencintaiku - sinopsis

Novel 7 Hari mencintaiku sangat lah bestnya. Dengan konflik yang macam-macam. memang terasa gila.
Novel ni agak tebal. Novel siti rosmizah yang kedua iaitu Cinta Kau dan Aku dah ditayangkan di TV1. Harap-harap novel 7 Hari Mencintaiku pun diadaptasi ke drama jugak ye. hehehe..

Ermm, korang rasa siapa pelakon yang sesuai untuk watak-watak dalam novel 7 Hari Mencintaiku.
hehehe.. Ni ada sedikit cita-rasa saya. pelakon pilihan hati saya. hahaha.. kalaulah aku ni producer filem. Memang novel ni aku ambik. Okay now, saya berangan jadi pengarah. Inilah antara pelakon-pelakon pilihan saya. Korang punya taste korang pilih sendiri. hahahaha :p















Haa, itulah saje cadangan saya. Seandainya novel ini dijadikan drama, kalau boleh janganlah keluar kat astro. Lagi satu kalau TV3, janganlah pulak time pukul 7-8 tu. Kompem ramai tertinggal. Sedih..

Kepada sesiapa yang tak baca lagi, disini saya selitkan sinopsis novel ini.


"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku
 kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada 
hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak 
langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.


Sekian.

6 comments:

  1. aa laa... pelakon2 yg dipilih sesuai laa... sokong2..

    ReplyDelete
  2. Sy terbayang Mia tu Syatilla Melvin n Khuzairi- Azlee Khairi :)

    ReplyDelete
  3. now dah ade dekat drama dah pon .. best sangat citer 7 hari mencintaiku 😍

    ReplyDelete
  4. Kawan kepada botak la yg jadi helmi adik kepada khuzairi

    ReplyDelete
  5. kalau lisa surihani jd mia cm x sesuai kalau bnding ngn saleha..saleha nmpk sikit muka ego tu..hehe

    ReplyDelete