Welcome To My Blog. Thank you for visit my blog. Anything just leave your comment okay?? Don't forget to follow me. i'll follow you back. Take Care.. byebye..

Thursday, February 7, 2013

Drama Novel Cinta kau dan Aku - TV1

Salam Jumaat semua..
Hari ni nak share ssedikit informasi ya.. *tetibe indon*
Okay okay, semalam, saya tengok cerita TRILOGI CINTA 2. Sedihnya cerita tu. banyak betul dugaan.
Seha dengan ego dia, Ji pulak dengan keras kepala macam tu. haiihh.. Tapi tapi, ada satu yang saya perasan kat TV tu. Tv1 la. Dia ada iklankan, 8 Hari Lagi CINTA KAU DAN AKU.
Zaapp, terus terdetik kat otak, mesti novel Siti Rosmizah.
And tadi baru search google. Betul la..




Rasanya waktu yang sama kot macam TRILOGI CINTA 2.
TRILOGI CINTA 2 ada 2 episod je lagi. Hari ni dengan Khamis depan.
Cinta Kau dan Aku pun mungkin hari khamis dan Jumaat, pukul 10-11. Di TV1.
Sekina, tu je. Eh jap, saya nak share sikit sinopsis cerita tu. kot ada yang tak baca lagi.

SINOPSIS

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dad-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver," marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

* nOVEL INI MERUPAKAN NOVEL KEDUA BELIAU SELEPAS NOVEL YANG MENJADI KEGILAAN RAMAI KAKINOVEL ANDAI ITU TAKDIRNYA.

No comments:

Post a Comment